Its been a while since i last blogged...
Heres some forwarded shit for u guys to eat yerself out with... njoy
BTW congrats the the New Mommie (Fini) for her newly born princess and for my other fren (fida) congrats with the new arrival of the gurlie in da hse!!
FOR THE HUBBYS AND THE HUBBYS TO BEEESSSS....Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2
individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan
dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan
untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila
tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang
isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah
suamiku?"
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini
kau "Ada duit ke?"
sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari
tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas
terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi
suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut
lagi..Cissss!!
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam
4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2,
bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi
tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi,
langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak
masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu
apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki
aku bila pakai baju ni?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...
Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma
pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam
sebelum tidur (peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan
harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun
setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau
nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki
dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata
SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah
dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna
spy...dia orang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang
hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain
Its all Good.